Pantai Irama Bachok, Kelantan
KALAU anda berkunjung ke Kelantan jangan lupa untuk singgah di Bachok, Kelantan. Bachok merupakan sebuah daerah dalam Kelantan. Dalam daerah ini letaknya Pantai Peranginan yang sentiasa mengamit kedatangan pelancong tak kiralah pelancong domestik mahupun pelancong antara bangsa.
Pantai Peranginan yang dimaksukan ialah Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Pantai ini banyak dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Tandas Awam, Surau dan yang terbaru Restoran Makanan Segera terkenal Kentucky Fried Chicken atau ringkasnya KFC.
Selain itu, pengunjung juga bebas untuk memilih makan di gerai-gerai yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Lazimnya gerai-gerai ini menjual makanan ringan seperti makanan laut yang digoreng dengan dicelup tepung atau lebih tepat lagi. Makanan Laut Celup Tepung, aneka pilihan jenis makanan laut ada.
Disamping itu, pengunjung juga boleh membeli dengan penjaja-penjaja yang sentiasa berkeliaran di pantai berkenaan. Pendek kata kalau anda ke pantai ini sudah tentu anda tidak kelaparan cuma anda perlu pastikan yang anda membawa bekalan wang yang mencukupi.
Walaupun pantai ini permandanganya tidak dihiasi dengan pulau, namun ia tetap akan memberikan anda pengalaman yang menarik sekiranya anda berkunjung ke sini. Selain itu banyak juga aktiviti-aktiviti lasak yang ditawarkan di pantai ini.

