Showing posts with label pulau. Show all posts

Pakej Percutian Bajet Pulau Perhentian

PULAU PERHENTIAN merupakan destinasi menarik untuk dikunjungi ia menjadi pilihan bukan sahaja pelancong domestik malahan ia turut menjadi pilihan para pelancong antarabangsa. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Perhentian antaranya ialah Snorkeling, Scuba Diving dan bermacam-macam lagi. 

Bercakap mengenai bercuti di Pulau Perhentian, banyak orang mengatakan kosnya agak tinggi dan tidak bersesuaian dengan bajet mereka. Oleh yang demikian satu pakej Bajet khas telah direka bagi membolehkan lebih ramai lagi bercuti di sebuah pulau yang letaknya di dalam daerah Besut, Terengganu ini. 

Pakej Bajet yang penulis maksudkan ialah Pakej Percutian Bajet Pulau Perhentian. Dengan Pakej ini penulis percaya semua orang mampu untuk bercuti di pulau yang begitu indah di samping beberapa panorama yang mengasyikkan pengunjung pulau ini.

Pakej Bajet ini termasuklah penginapan 3 Hari 2 Malam, bot pergi balik, makan dan minum serta snorkeling. Pakej ini menawarkan pada kadar harga RM300 untuk seorang. Namun, pelancong antarabangsa perlu membayar RM320 untuk pakej ini. 

Sebarang pertanyaan mengenai Pakej ini bolehlah menghubungi En Hairi di talian 019 7873779 untuk keterangan lanjut. Perlu diingatkan terlebih dahulu bahawa tempahan tanpa deposit bayaran penuh tidak akan dilayan. Bagi mereka yang mencari kos percutian pada harga bajet, inilah merupakan pilihan terbaik untuk anda.

***

Pantai Irama Bachok, Kelantan

KALAU anda berkunjung ke Kelantan jangan lupa untuk singgah di Bachok, Kelantan. Bachok merupakan sebuah daerah dalam Kelantan. Dalam daerah ini letaknya Pantai Peranginan yang sentiasa mengamit kedatangan pelancong tak kiralah pelancong domestik mahupun pelancong antara bangsa.

Pantai Peranginan yang dimaksukan ialah Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Pantai ini banyak dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Tandas Awam, Surau dan yang terbaru Restoran Makanan Segera terkenal Kentucky Fried Chicken atau ringkasnya KFC. 

Selain itu, pengunjung juga bebas untuk memilih makan di gerai-gerai yang telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Lazimnya gerai-gerai ini menjual makanan ringan seperti makanan laut yang digoreng dengan dicelup tepung atau lebih tepat lagi. Makanan Laut Celup Tepung, aneka pilihan jenis makanan laut ada.

Disamping itu, pengunjung juga boleh membeli dengan penjaja-penjaja yang sentiasa berkeliaran di pantai berkenaan. Pendek kata kalau anda ke pantai ini sudah tentu anda tidak kelaparan cuma anda perlu pastikan yang anda membawa bekalan wang yang mencukupi.

Walaupun pantai ini permandanganya tidak dihiasi dengan pulau, namun ia tetap akan memberikan anda pengalaman yang menarik sekiranya anda berkunjung ke sini. Selain itu banyak juga aktiviti-aktiviti lasak yang ditawarkan di pantai ini.