Manor Beach Resort, Besut, Terengganu

3:57 AM yiemega 0 Comments

ANDA memilih untuk bercuti di dalam daerah Besut, Terengganu sudah tentu anda memerlukan penginapan yang selesa sewaktu bercuti di sana. Sebenarnya di dalam daerah Besut dalam negeri Terengganu terdapat beberapa penginapan yang selesa yang sepatutnya menjadi pilihan anda bagi memastikan keselesaan anda sewaktu bercuti di sini. 

Salah satu penginapan yang tidak kurang popular di dalam daerah ini ialah Manor Beach Resort. Lokasinya terletak berdekatan dengan pantai Tanjung Demong menjadikan ia pilihan yang sesuai untuk dijadikan tempat menginap sepanjang percutian anda di dalam daerah Besut. Lokasinya terletak di Lot 23, Tanjung Demong, Jalan Bukit Keluang 22200 Besut, Terengganu.

Antara fasiliti yang ditawarkan oleh Manor Beach Resort ialah Kolam Renang, Dewan, Coffee House, Chalet (4 Orang), Bilik King (2 Orang) , Bilik Double Queen(4 Orang) dan juga bilik Triple (3 Orang) dan juga kemudahan dorm (6 Orang). Anda boleh memilih jenis bilik mengikut keselesaan dan kemampuan anda. 

Manor Beach Resort merupakan sebuah Resort yang berkonsepkan butik dalam taman. Di dalam taman-tamanya terdapat 3 buah wakaf dan yang paling menarik wakaf yang berada di tengah-tengah kolam ikan ditambah pula dengan bunyi desir air di dalam kolam tersebut ia memang mengasyikkan sekiranya anda berada di wakaf tersebut. 

0 comments: