Manor Beach Resort, Besut, Terengganu

3:57 AM yiemega 0 Comments

ANDA memilih untuk bercuti di dalam daerah Besut, Terengganu sudah tentu anda memerlukan penginapan yang selesa sewaktu bercuti di sana. Sebenarnya di dalam daerah Besut dalam negeri Terengganu terdapat beberapa penginapan yang selesa yang sepatutnya menjadi pilihan anda bagi memastikan keselesaan anda sewaktu bercuti di sini. 

Salah satu penginapan yang tidak kurang popular di dalam daerah ini ialah Manor Beach Resort. Lokasinya terletak berdekatan dengan pantai Tanjung Demong menjadikan ia pilihan yang sesuai untuk dijadikan tempat menginap sepanjang percutian anda di dalam daerah Besut. Lokasinya terletak di Lot 23, Tanjung Demong, Jalan Bukit Keluang 22200 Besut, Terengganu.

Antara fasiliti yang ditawarkan oleh Manor Beach Resort ialah Kolam Renang, Dewan, Coffee House, Chalet (4 Orang), Bilik King (2 Orang) , Bilik Double Queen(4 Orang) dan juga bilik Triple (3 Orang) dan juga kemudahan dorm (6 Orang). Anda boleh memilih jenis bilik mengikut keselesaan dan kemampuan anda. 

Manor Beach Resort merupakan sebuah Resort yang berkonsepkan butik dalam taman. Di dalam taman-tamanya terdapat 3 buah wakaf dan yang paling menarik wakaf yang berada di tengah-tengah kolam ikan ditambah pula dengan bunyi desir air di dalam kolam tersebut ia memang mengasyikkan sekiranya anda berada di wakaf tersebut. 


Selain itu, pihak resort juga menyediakan perkhidmatan WiFi percuma untuk pengujung-pengujung yang menjadi tetamu kepada Resort yang bertaraf tiga bintang ini. Tempahan bilik boleh dibuat secara panggilan telefon, online booking di website Manor Beach Resort, Booking.com dan juga Agoda. 

Tempahan melalui telefon boleh dibuat dengan mendail 09-6950290. Online Booking di website Manor Beach Resort pun boleh dibuat di sini. Tempahan melalui Booking.Com pula boleh dibuat di sini. Manakala tempahan melalui Agoda boleh dibuat di sini

Bilik penginapan yang ditawarkan oleh Manor Beach Resort bukan sahaja selesa dan kondusif malah ianya kelihatan eksklusif dan berpatutan dengan harga penginapan yang ditawarkan oleh Resort ini. Harga yang dikenakan adalah termasuk sarapan pagi untuk dua orang atau tiga orang bagi bilik Triple. 

Pekerja-pekerja resort ini kelihatan mesra pelanggan dan sememangnya sesuai sangat untuk dijadikan tempat penginapan sekiranya anda bertandang ke daerah Besut, Terengganu ini. Tempat menarik yang berdekatan dengan Resort ini ialah Bukit Keluang (terkenal dengan aktiviti hiking), Pulau Perhentian, Pulau Rhu dan paling menarik hanya memerlukan masa lebih kurang sepuluh minit untuk ke jeti untuk pergi ke Pulau Perhentian. Jadi sekiranya anda datang ke Besut, sangatlah berbaloi sekiranya anda memilih Resort ini. 

Nama Resort: Manor Beach Resort
No Telefon: 09-6950290
Alamat: LOT 23, Tanjung Demong, Jalan Bukit Keluang, Besut, Terengganu

ENGLISH VERSION

YOU choose to holiday in Besut, Terengganu course you need a comfortable stay while on vacation there. Actually, in the Besut under the state of Terengganu there are some comfortable it should be your choice to ensure your comfort while on holiday here.

One effort is no less popular in this area is the Manor Beach Resort. It is located near the coast of Cape Demong makes it the ideal choice to serve as a place to stay during your holiday in Besut. It is located in Lot 23, Tanjung Demong, Jalan Bukit Keluang, 22200 Besut, Terengganu.

Among the facilities offered by Manor Beach Resort is a Swimming Pool, Board, Coffee House, Chalet (4), King (2), Double Queen (4) and triple rooms (3) and also features Dorm ( 6 people). You can choose the room type according to your comfort and ability.


Manor Beach Resort is a boutique resort concept in the park. In the garden and foremost there are 3 of the most interesting ward and ward are in the middle of the pond coupled with a swish sound of water in the pool is it is fun if you are in the ward.

 In addition, the resort also provides free WiFi service for resort guest, a guest of the resort's three-star. Room reservation can be made by telephone, online booking on the website Manor Beach Resort, Booking.com and Agoda.

 Reservations can be made by phone by dialing 09-6950290. Online Booking on the website Manor Beach Resort also can be made here. Reservations can also be made through Booking.Com here. While booking through Agoda can be made here.  

Room accommodations offered by Manor Beach Resort is not only comfortable and supportive but it looks exclusive and affordable accommodation for the price offered by the resort. The price charged is inclusive of breakfast for two people or three people for a triple.

 Employees of the resort looks friendly and indeed very convenient to be a place to stay if you come to the Besut, Terengganu. Points of interest near this resort include Bukit Kluang (famous for hiking), Pulau Perhentian, Pulau Rhu and most exciting only takes about ten minutes to the pier to go to Pulau Perhentian. So if you come to Besut, it is worth it if you choose this resort.

0 comments: